"Kenapa ummi mengandung?
Kenapa abi tak mengandung? Abi kan kuat."

Jika difikirkan beban mengandung, bukankah lebih wajar jika Allah jadikan para suami yang mengandung. Mereka ada kekuatan fizikal. Mahu mengangkut tong gas di atas bahu kanan dan kiri pun tidak punya masalah. Sepatutnya kekuatan fizikal itu digunakan untuk memikul tugas yang berat ini - hamil dan seterusnya melahirkan anak.

Namun saya terkenang kepada kata-kata imam al-Ghazali bahawa, "lelaki diciptakan Allah sembilan rasional, satu emosi dan perempuan diciptakan Allah satu rasional, sembilan emosi." Kekuatan wanita itu pada emosinya. Tinggi EQ.

Emosi itulah kelayakan untuk seorang manusia hamil. Emosi untuk sabar dengan berat dan payahnya sembilan bulan mengandung. Emosi untuk membelai dan memberi makan kepada kandungan seperti memberi makan kepada diri sendiri. Emosi yang kerana emosi itulah, alam bayi dalam kandungan digelar ALAM RAHIM, iaitu alam kasih sayang. Kasih sayang yang sulit ditemui dalam jiwa lelaki, biarpun fizikalnya sasa dan mentalnya berkuasa.

Hasrizal Abdul Jamil
www.saifulislam.com

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan bertambah-tambah (dari awal mengandung hingga akhir menyusuinya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu serta kepada Aku jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."

Luqman 31:14




Comments

Popular Posts