Ekonomi masa kini..
Semua nak barang murah..
Nak barang murah tapi berkualiti..
Nak murah rezeki..
Nak naik gaji..
Nak duit poket sentiasa cukup..
Nak pergi melancong sana sini..
Nak kerja senang..
Nak bisnes maju..
Nak orang beli produk kita..
Nak selalu ada masa..
Nak selalu sihat..
Nak disayangi..
Nak dihormati..
Nak diingati..
Nak dikasihi..

Allah dah bagitahu..

Solat subuh pembuka rezeki..
Solat sunat tahajjud menyerikan muka  menyuburkan iman..
Solat sunat dhuha memberi rezeki tak disangka-sangka..
Solat on time memberi rasa kecukupan dan ketenangan..

Kita..

Tiap pagi lewat bangun subuh
Dalam setahun hanya sekali dua bangun subuh betul betul bangun niat utk solat subuh bukan sebab ada kerja awal perlu settle atau pergi outstation pergi airport kejar departure kena bangun awal
Tanpa disedari
Fikiran teralih ke dunia..
Akhirat second thought..

Itu bru kita..

Keluarga kita bgn solat subuh?
Solat x tinggal? solat on time?
Walau diberi keringanan pada waktu darurat dan terdesak, sedar x sedar kita ringan-ringankan mudahkan mudahkan mengikut kepentingan diri

Boss telefon, kita sambut
Pelanggan whatsapp, kita risau lambat balas
Isteri atau suami telefon, kita lambat angkat takut dia narah

Kalau azan bunyi ?

Kita terus wudhu..?
Kita takut kena marah..?
Kita risau x kalau lambat solat..?

Ampuni diri ini.. Ampunib aku..
Ampuni kami ya Allah..
Ampuni setiap dari kami yg terlupa.. Hakikatnya kepentinganMu membatasi segalanya..
Hanya Engkau yg patut kami dahulukan..
Ya Allah ampuni kami..
Beri petunjuk kepada kami
Kuatkan kami istiqamah beribadah penuh kesungguhan dan keikhlasan kepadaMu

Solat sunat dhuha x pernah buat..
Merungut setiap hari duit gaji sikit
Barang mahal, ekonomi teruk
Kita diberitahu dengan jelas

Nak murah rezeki sedekah..
Macamana aku nak sedekah kalau aku x ada duit?

Masa..
Tenaga..
Nasihat..
Kata-kata perangsang..
Motivasi..
Berkongsi ilmu..

Ada banyak cara lagi tetapi alasan tetap kita beri

Amalan manakah yang kita lupa?

Nota ini peringatan untuk saya terutamanya setelah beberapa hari menilai hari yang semakin suntuk di dunia..

Tetapi bukan setakat diri ini, untuk seseorang, dia, mereka, atau kamu

Untuk saya insan yang kerdil dan KITA semua..

Moga kita menjadi hamba Allah yg mampu menyeimbangkn dunia dan akhirat..

Tidak senang untuk menjadi senang
Tidak susah untuk menjadi susah

Tetapi akhirat lebih kekal
Dunia dicipta sebagai jalan ke akhirat
Jalan itu penuh ujian dan laluan yang mengelirukan
Yang melepasi pasti bahagia kekal abadi di akhirat
Yakni syurga impian setiap daripada kita..

MashaAllah bayangkan kita semua berjumpa di syurga...

Saat itu pasti kita menarik nafas lega
Kerana bersabar sepenuh jiwa
Terhadap ujian Allah di dunia

In sha Allah..




Amin..

Comments

Popular Posts