APA YANG SAUDARA BARU PERLU?

Saudara baru dianggap bertuah kerana mendapat hidayah Allah. Tetapi di sebalik hidayah itu, terselit 1001 cabaran yang bakal ditempuhi demi memahami ajaran Islam dan mencapai redha Allah. Apa yang saudara baru perlukan daripada masyarakat sekeliling? Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...
1

    1. Diterima masyarakat

Saudara baru sentiasa mengharapkan diri mereka diterima oleh masyarakat. Apa yang berlaku sebaliknya. Mereka kadangkala tidak begitu diterima dan dialu-alukan tetapi disalahertikan dengan pelbagai pandangan negative hingga membuatkan mereka yang mulanya berkeyakinan menjadi ragu-ragu dalam Islam.

Ada yang berfikir saudara baru ini bermasalah dan mungkin akan menimbulkan banyak masalah. Malah dilihat sebagai seorang yang suka meminta-minta bantuan dan memeluk islam atas kepentingan tertentu.

Ada juga yang mempersoalkan keikhlasan mereka memeluk Islam. Islam adalah tempat untuk melarikan diri daripada masalah yang dihadapi seperti masalah kewangan, rumah tangga, krisis identity dan sebagainya.

2. Tidak prejudis

Saudara baru sama seperti manusia biasa yg cuba mencari arah tujuan dalam hidup. Memang tidak dinafikan ada yang memeluk islam kerana faktor perkahwinan tetapi ada juga yang memeluk islam dengan penuh telus setelah memahaminya.

Sebab dan faktor mereka masuk islam tidak patut dipersoalkan dan ianya tidak penting. Yang penting adalah siapa mereka selepas bergelar muslim.

3. Bimbingan

Saudara baru sangat memerlukan bimbingan, pedoman dan panduan untuk meningkatkan keimanan, ketakwaan, dan keyakinan terhadap islam. Ruang dan peluang harus dibuka seluas-luasnya kepada mereka agar mereka dapat menyesuaikan diri sebagai muslim dan terus yakin  dalam memahami ajaran Islam. Ianya tidak mudah kerana memerlukan persediaan mental dan emosi yg cukup kuat bukan saja dari segi memahami ajaran islam yg cukup baru, malah dari segi menghadapi tentangan dan meneruskan hidup.

4. Keadilan

Saudara baru tidak harus dilayan seperti mereka yang sedia lahir sebagai muslim. Kedudukan dan tahap kefahaman mereka tidak sama. Ironisnya jika umat islam mengharapkan mereka dapat menjalani kehidupan sebagaimana saudaranya yang telah lama dalam islam.

Harapan ini terlalu sukar dijangkau oleh saudara baru. Berikan ruang kepada mereka.. Apa yang mereka harapkan adalah pengertian dan penerimaan sepenuhnya daripada umat islam tanpa sebarang jurang dan perbezaan daripada segi budaya hidup.


Walaupun mungkin saudara baru belum faham tentang konsep dan makna mencari redha Allah tetapi mereka sentias mencari justifikasi terhadap kemasukan mereka terhadap Islam that will eventually membawa mereka memahami erti mencari redha Allah, dunia dan akhirat.


Comments

Popular Posts