I DON'T FEEL LIKE PRAYING..

Have you ever feel that kind of feelings?

When you really want to be faithful to Allah but you just don't feel that strong connection to perform solah?

Bukan malas, tapi rasa lelah.

Too many things to do, too many things to handle in the dunya.

Sampai suatu tahap rasa sangat-sangat penat.

All of us are facing the same circle of life.

Problems is never a things that we'll never had.

It is always occured.

Bila kita penat dengan dunia, kita sebenarnya lebih perlukan Allah.

Walaupuh hakikatnya bila kita betul-betul terhimpit dengan banyak kerja tertangguh, tak henti-henti hingga ke tengah malam ke subuh..

Kita tetap perlu solat.

Solat tiang agama.

Tanpa solat hati akan lebih berbolak balik.

Buat walaupun rasa terpaksa.

Buat saja. Teruskan. Walaupun masa nak sarungkan telekung dan hampar sejadah rasa nak tertidur, nak baring hatta rasa n tak nak buat.

Lama-lama ikhlas dan redha akan datang sendiri.

Sebab Allah nampak kesusahan kita nak kekalkan ketaatan dalam tetap menjalankan tanggungjawab harian.

Maka Allah akan berikan keringanan dari sudut lain dalam kehidupan kita.

Mungkin dari rezeki kita. Ada extra bonus. Extra income. Silatirahim suami, isteri, anak-anak, ahli keluarga, sahabat bertambah baik.

Anak-anak behave. Suami sayangkan kita. Isteri semakin taat dan patut. Isteri solehah.

Ingat ni.. Bila kita beri masa pada Allah, Allah will handle our dunya for us.

Sesungguhnya Dia yg berkuasa kata jadi, maka jadilah!

Tiada siapa dapat tahan.

Susah. Payah.Memang.

Tapi cuba. Jangan tinggalkan.

Saya juga muhasabah setiap hari. Amat susah.

Selepas menjadi ibu, solat tak sekhusyuk dulu.

Anak-anak masih kecil. Tak faham apa-apa.

Perlu perhatian 200%.

Solat boleh kata dalam sehari 99% diganggu dengan teriakan dan usikan, cuitan,tolakan anak.

Nak doa? Kadang sempat, kadang tak. Selalu tak. Doa sepantas kilat dan terus direct. Tak ada masa nak pour and speak deeply from hearts.


Tapi apa nak buat? ragam dunia..

Anggap itu juga ibadah. Nak bersabar, nak bertabah. Itu juga ibadah.

Every trials will only makes you stronger. If you survived, know that the next challenge will determined you to be wiser and better.

Comments

Popular Posts