Berniagalah Seperti Abd Rahman Bin Auf

Ada seorang sahabat Rasulullulah saw. Namanya Abd Rahman Bin Auf, berasal daripada Mekah. Apabila masyarakat Islam Mekah perlu berhijrah ke Madinah, mereka perlu meninggalkan semua harta. Maka Abd Rahman Bin Auf terpaksa meninggalkan semua hartanya. Mereka perlu berhijrah secara senyap pada waktu malam agar tidak disedari dan dibunuh orang kafir Quraisy. Apabila sampai di Madinah nanti, golongan Ansar iaitu Islam Madinah akan mengambil orang Mekah sebagai keluarga angkat bagi membantu mereka. Kesemua ini merupakan rancangan Rasulullulah saw. Mereka akan diberikan tempat tinggal, makanan, wang dan sebagainya.
Tetapi Abd Rahman hanya meminta 3 helai kain sahaja. Dia tak mahukan duit. Semua orang berasa pelik kerana apakah yang dia boleh lakukan dengan hanya berbekalkan kain itu?
Dengan 3 helai kain, Abd Rahman pergi ke Pasar dan jual. Dapat menjual 3 helai kain, duit yang diperoleh digunakan untuk membeli 6 helai kain dan Abd Rahman menjual 6 helai kain tersebut. Begitulah kekayaan Abd Rahman bermula dan berkembang. Kesemua duit dan harta beliau selalu disedekahkan kepada orang Islam dan digunakan bagi membantu mengembangkan agama Islam.
Abd Rahman merupakan salah seorang sahabat Rasulullah saw yang terpuji.
Berniagalah seperti Abd Rahman Bin Auf.
Bermula daripada 0.
Dan berniaga dengan niat kerana Allah.
Selamat berniaga!
Mulakan dengan niat Bismillah dan kerana Allah semata-mata. Rezeki yang Allah agihkan adalah maha adil dan saksama. Niat bantu orang lain untuk bantu diri kita.
In sha Allah

Comments

Popular Posts