APA YANG SAUDARA BARU PERLU?
Saudara baru dianggap bertuah kerana mendapat hidayah Allah. Tetapi di sebalik hidayah itu, terselit 1001 cabaran yang bakal ditempuhi demi memahami ajaran Islam dan mencapai redha Allah. Apa yang saudara baru perlukan daripada masyarakat sekeliling? Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul... 1 1. Diterima masyarakat Saudara baru sentiasa mengharapkan diri mereka diterima oleh masyarakat. Apa yang berlaku sebaliknya. Mereka kadangkala tidak begitu diterima dan dialu-alukan tetapi disalahertikan dengan pelbagai pandangan negative hingga membuatkan mereka yang mulanya berkeyakinan menjadi ragu-ragu dalam Islam. Ada yang berfikir saudara baru ini bermasalah dan mungkin akan menimbulkan banyak masalah. Malah dilihat sebagai seorang yang suka meminta-minta bantuan dan memeluk islam atas kepentingan tertentu. Ada juga yang mempersoalkan keikhlasan mereka memeluk Islam. Islam adalah tempat untuk melarikan diri daripada masalah yang dihadapi seperti masalah kewanga